Khalifah Saidina Umar Al-Khattab r.a pada zaman pemerintahannya sering membuat rondaan pada waktu malam untuk meninjau keadaan rakyatnya.
Pernah suatu ketika beliau sampai ke sebuah rumah. Di situ ibu dan anak perempuannya sedang bergaduh tentang susu yang ingin dijual sama ada hendak dicampur air ataupun tidak. Seandainya orang lain tidak nampak ,maka hendaklah ia yakin Allah memerhatikan gerak laku dan tindak-tanduknya.
Diringkaskan cerita sianak tadi berkata walaupun Saidina Umar tidak nampak perbuatan mereka , namun tuhan nampak apa yang ingin mereka lakukan. Maka hasrat untuk menipu dilupakan begitu sahaja.