Friday, August 28, 2009

BannerSnack

Ramadhan kami bertemumu lagi...

Saat kedatangan Ramadhan ni terasa begitu seronok. Bila direnung besarnya nikmat ramadhan. Bila dihitung hari demi hari yang berlalu dalam bulan Ramadhan ni rasa terlalu sedih untuk melepaskan ianya pergi. Mungkin ini rasanya bila kita semakin meningkat usia. Hari-hari dalam Ramadhan terlalu istimewa bagiku. Lebih-lebih lagi anak-anakku sudah membesar dah pun menjangkau 5 tahun Along. Sudah faham sedikit demi sedikit apa itu puasa. Tak dapat ku lupakan saatku memasak diwaktu petang. Bagaimana riuhnya ruang dapur. Sibuk bertanya apa ibu nak masak ,nak tolong. Begitu juga sikecil kami. Bukannya banyak pun ku masak. Tahun ni rasanya paling sedikit kuantiti masakan yang ku sediakan serba sedikit. Bazar ramadhan pun belum pernah pergi lagi.Jiran-jiran kat sini juga selalu bersedekah. Yang bestnya bila melihat anak-anak dan suamiku begitu berselera menjamah juadah yang telah ku sediakan setiap hari. Rasa gembira tu tak dapat diungkapkan. Bersama-sama menuju solat terawih yang sudah beberapa tahun daku tak dapat laksanakan di masjid.Anak kecil.... solat kat rumah je la.Tahun ni, syukur padamu kau telah berikan peluang ini sekali lagi kepadaku lebih-lebih lagi bersama suami dan anak-anakku. Di samping itu rutin harian kami juga tetap berjalan dengan lancar seperti biasa. Ramadhan benar-benar mengajarku betapa pengurusan masa itu amat penting dalam memastikan semua urusan ku dapat diselesaikan dengan sebaik yang mungkin.Mengemas,menanam,mendidik,beribadat kepada mu Ya Allah. Ramadhan telah membuktikan kepadaku bahawa yang daku mampu untuk melakukan tugas itu walaupun dalam keadaan berpuasa.Alhamdulillah atas anugerahmu. Kalau boleh janganlah kau berlalu pergi Ramadhan..............