Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mahu dipeduli
Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau didewa dewa
siang dan malamnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan tawa
biarpun sayup di hutan belantara
Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama
nukilan ismala 20/12/1988
terkejut juga bila disapa ketika di kaunter pembayaran di sebuah pasaraya, ingatkan budak lelaki mana lah...rupa-rupanya bila dia jelaskan dirinya, dialah anak didikku 4 tahun yang lepas. Dah pun form 1. Baruku tersedar dah lama ku bergelar seorang pendidik. Rasanya macam baru semalam kumengenali kanak2 yang digelar anak murid. Hai sekejap je masa berlalu. Tahun ni dah 5 tahun gelaran cikgu kusandang. Mudah2an ia diberkati.... Selamat hari guru 2009 buat semua warga pendidik tak kira dimana jua anda berada.