Monday, July 20, 2009

Nak cantik.....

Salam. Lumrahnya manusia pada zaman ini sibuk nak nampak cantik. Yang perempuan asyik nak langsing, muka licin, putih gebu , yang silelaki pula sibuk nak membentuk tubuh yang tegap agar nampak lebih hensem. Kat tv pun macam 2 produk yang dah dikeluarkan demi memenuhi permintaan ini. Tapi kita sebagai manusia terutamanya yang beragama islam ni dah disediakan oleh Allah lengkap dengan petua2 tersebut cuma kita sahaja tak pernah fikir dan hayati rupanya. So lepas ni mari kita sebagai seorang muslim sentiasa menghayatinya....

Memperindahkan Diri Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu… …

1 -Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 -Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 -Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 -Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 -Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 -I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 -Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titianSIRATUL-MUSTAQIM.

8 -Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 -Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 -Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yangdikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.

11 -Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 -Salam :Memelihara kita di dalam kubur.

13 -Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada dikalangan kamu yang perasan!!!". Ihsan drpd satu laman web.

Friday, July 10, 2009

Seketika di hospital...

Kesan alergik

Naufal sihero..

Salam.... semoga semua ceria dan sihat. Kami kat sini Alhamdulillah baru ok. Seminggu yang lepas kami semua kurang sihat. Mungkin juga disebabkan oleh pengaruh cuaca yang tak menentu. Kat sini nampaknya dah mula hujan. Boleh dikatakan hampir 80%hujan turun dalam seminggu. Hujan turun lebat juga. Pernah sekali ribut kuat juga. Alhamdulillah tempat kami tak ada apa. Cuma ada kampung berdekatan yang teruk juga. Anak-anak demam. On off je. Naufal pula kena alergik. Tak tahu apa sebabnya. Tiba-tiba je jadi. Yang pasti bukan makanan. Coz makanan dia macam biasa. Sian juga dia. Tapi bangga juga tengok dia. Hero ni berani. Dia kami bawa ke wad kecemasan. So dia kena suntik. Tapi sebelum berjaya dimasukkan ubat, dia terpaksa disuntik beberapa kali di kedua-dua tangannya kerana dr sukar untuk mencari urat ditangannya. Relak je dia. baring je atas katil tu. Ibu yang menunggunya pula tak sampai hati tgk. Sian. So dr n nurse suka la ngan dia. Malah sempat lagi belek bulu mata dia. Masing-masing geram. Panjang sangat. Baka abah kot. Lepas tu kena monitor so kena la tahan lebih kurang dua jam kat wad. Mula2 k tapi lepas tu, penat ibu dibuatnya. Dia begitu seronok melompat atas katil hospital tu. Mula nak melawat seluruh wad.Nurse yang ada kat situ ketawa lihat dia. Bila diberi makan, makan sungguh2 macam sedap sangat nasi hospital. Hai anak-anak.Alhamdulillah kini dia dah sihat cuma badan susut balik. Ibu nak kena masak bahan untuk naikkan beratnya la.... tak lama lagi appointment klinik....