Friday, July 10, 2009
Salam.... semoga semua ceria dan sihat. Kami kat sini Alhamdulillah baru ok. Seminggu yang lepas kami semua kurang sihat. Mungkin juga disebabkan oleh pengaruh cuaca yang tak menentu. Kat sini nampaknya dah mula hujan. Boleh dikatakan hampir 80%hujan turun dalam seminggu. Hujan turun lebat juga. Pernah sekali ribut kuat juga. Alhamdulillah tempat kami tak ada apa. Cuma ada kampung berdekatan yang teruk juga. Anak-anak demam. On off je. Naufal pula kena alergik. Tak tahu apa sebabnya. Tiba-tiba je jadi. Yang pasti bukan makanan. Coz makanan dia macam biasa. Sian juga dia. Tapi bangga juga tengok dia. Hero ni berani. Dia kami bawa ke wad kecemasan. So dia kena suntik. Tapi sebelum berjaya dimasukkan ubat, dia terpaksa disuntik beberapa kali di kedua-dua tangannya kerana dr sukar untuk mencari urat ditangannya. Relak je dia. baring je atas katil tu. Ibu yang menunggunya pula tak sampai hati tgk. Sian. So dr n nurse suka la ngan dia. Malah sempat lagi belek bulu mata dia. Masing-masing geram. Panjang sangat. Baka abah kot. Lepas tu kena monitor so kena la tahan lebih kurang dua jam kat wad. Mula2 k tapi lepas tu, penat ibu dibuatnya. Dia begitu seronok melompat atas katil hospital tu. Mula nak melawat seluruh wad.Nurse yang ada kat situ ketawa lihat dia. Bila diberi makan, makan sungguh2 macam sedap sangat nasi hospital. Hai anak-anak.Alhamdulillah kini dia dah sihat cuma badan susut balik. Ibu nak kena masak bahan untuk naikkan beratnya la.... tak lama lagi appointment klinik....