Tak ku sangka dah lima tahun jua ku bergelar ibu. Tak ku sangka begitu indahnya menjadi seorang ibu dan kini baru kutahu mengapa Islam mengagungkan seorang ibu. Seronok melihat telatah anak-anak yang pelbagai. Sehinggakan memori itu tak kan kulupakan sampai bila2. Kekadang tengah kerja pun ku teringatkan anak2. Rasa cam nak balik je bersama semua ahli keluarga seperti hari-hari cuti. tapi apa kan dayaku. Kalau boleh anak2 tu nak je ada depan mata.Tapi kadang2 risau hatiku sentiasa tertanya mampukah daku mendidik anak2ku menjadi insan yang taat kepadamu ya Allah. Mungkin cam tu la apa yang dirasakan oleh semua para ibu.Bagiku inilah nikmat yang tak terhingga. Alhamdulillah dan terima kasih kepada suamiku atas sokonganmu untukku menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak2mu.So kepada semua para ibu di luar sana SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU!