Sunday, May 31, 2009

Cuti..o...cuti

Dah pun bermula cuti semester 1. Sedih gak tak dapat balik kg. Tak pe la nanti insya Allah akan pulang jua. Kami kat sini cam biasa la. Bila dah di kuching ni macam2 la plan. Bukannya berjalan tapi kerja. Terutamanya ibu. Banyak yang nak dibereskan. Kemas umah le, berkebun le dan macam2 lagi. Biasa le hari kerja tak dapat nak bereskan kesemuanya.Cuti la nak cover.So sori ye abah , abah kena tolong le. Abah kan rajin. Anak2 lak cuti kali ni tak cuti sangat coz ibu abah antar ikut program yang disediakan pihak sekolah dari 3 jun sehingga 12 jun bermula dari 8pg sehingga 12.30 ptg. Program ini ok juga pengisiannya. Bukan ape daripada mereka bermain sahaja dapat juga input waktu cuti ni. Lagipun daripada pemerhatian kami mereka berdua ni leh biar sehari pun tanpa membaca samada iqra' atau buku akademik kalau tidak menggeliat le jwbnya. Susah rupanya nak mendidik anak ni. Alhamdulillah setakat ini mereka telah berminat dengan buku. Tak pe la anak2 berkorban sekarang demi masa depan kalian jua. Nanti ibu abah bawa jalan ye. Apa cite di kg... mesti bestkan.

Sunday, May 24, 2009

wajah terkini di kuching..

Salam. Ha setelah sekian lama maka muncul kembali. Inilah wajah-wajah terbaru kami kat kuching,sarawak.Lihatlah aksi-aksi anak2 kami yang lincah. Tapi tak dapat ambik gambar kat luar coz kami malas nak kuar jalan. Cuaca kat sini panas terik. Kuar umah pun kalau ada urusan. Kalau malam pula hujan kat sini. Anak2 asyik sibuk ajak pergi ke taman permainan. Ibu dan abah terpaksa bagi macam2 alasan. Siannya anak2ku. Apa boleh buat demi kesihatan kalian jua. Kalau kuar jalan pusing2 dengan keta je.

Tuesday, May 12, 2009

Seronoknya bergelar ibu

Click to play this Smilebox greeting:
Create your own greeting - Powered by Smilebox
Make a Smilebox greeting
Tak ku sangka dah lima tahun jua ku bergelar ibu. Tak ku sangka begitu indahnya menjadi seorang ibu dan kini baru kutahu mengapa Islam mengagungkan seorang ibu. Seronok melihat telatah anak-anak yang pelbagai. Sehinggakan memori itu tak kan kulupakan sampai bila2. Kekadang tengah kerja pun ku teringatkan anak2. Rasa cam nak balik je bersama semua ahli keluarga seperti hari-hari cuti. tapi apa kan dayaku. Kalau boleh anak2 tu nak je ada depan mata.Tapi kadang2 risau hatiku sentiasa tertanya mampukah daku mendidik anak2ku menjadi insan yang taat kepadamu ya Allah. Mungkin cam tu la apa yang dirasakan oleh semua para ibu.Bagiku inilah nikmat yang tak terhingga. Alhamdulillah dan terima kasih kepada suamiku atas sokonganmu untukku menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anak2mu.So kepada semua para ibu di luar sana SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU!