Monday, December 28, 2009

Ketinggian ihsan

Khalifah Saidina Umar Al-Khattab r.a pada zaman pemerintahannya sering membuat rondaan pada waktu malam untuk meninjau keadaan rakyatnya.
Pernah suatu ketika beliau sampai ke sebuah rumah. Di situ ibu dan anak perempuannya sedang bergaduh tentang susu yang ingin dijual sama ada hendak dicampur air ataupun tidak. Seandainya orang lain tidak nampak ,maka hendaklah ia yakin Allah memerhatikan gerak laku dan tindak-tanduknya.
Diringkaskan cerita sianak tadi berkata walaupun Saidina Umar tidak nampak perbuatan mereka , namun tuhan nampak apa yang ingin mereka lakukan. Maka hasrat untuk menipu dilupakan begitu sahaja.

Thursday, December 24, 2009

Sisa hujung tahun.

Lama tak menulis kat cni. Bebenarnya ingin menulis tapi tak berkesempatan. Biasalah tugas yang banyak. Ass. pn ramai. Bila on je laptop masing-masing nk tekan, nk wat itu ini. Al-maklumlah anak-anak kini semuanya dah pandai. Laptop pun tak yah ajar tgk je. Semuanya dah leh wat. Tahun 2009 hampir berganti ngan 2010. Banyak perubahan, rintangan,cabaran dan sebagainya akan kita lalui. Mdhan semuanya akan dipermudahkan oleh Allah. Selepas ni rutin harian akan kembali seperti biasa. Pagi2 bz ngan anak2,msk,sekolah,kk dan sebagainya. Apa pn semoga yang dibuat memperolehi berkat dan diperluaskan rezeki.Buang semua kelemahan diri yang ada pada tahun sebelumnya. Ha.... tahun ni daku kena lebih bertungkus lumus. PTK pastikan ku berjaya. Geram tul la. Cam ne nak sampai 4,4.Setgh org yang tak bljr dapat lak. Harap2 tahun ni nasib menyebelahiku. Apa pun tentang tahun baru ke, tahun lama ke yang penting diri kita, jika kita pandai menguruskannya mengikut syariat yang telah digariskan pastinya akan elok semuanya. Ok, SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA DI MANA ANDA BERADA.

Friday, August 28, 2009

BannerSnack

Ramadhan kami bertemumu lagi...

Saat kedatangan Ramadhan ni terasa begitu seronok. Bila direnung besarnya nikmat ramadhan. Bila dihitung hari demi hari yang berlalu dalam bulan Ramadhan ni rasa terlalu sedih untuk melepaskan ianya pergi. Mungkin ini rasanya bila kita semakin meningkat usia. Hari-hari dalam Ramadhan terlalu istimewa bagiku. Lebih-lebih lagi anak-anakku sudah membesar dah pun menjangkau 5 tahun Along. Sudah faham sedikit demi sedikit apa itu puasa. Tak dapat ku lupakan saatku memasak diwaktu petang. Bagaimana riuhnya ruang dapur. Sibuk bertanya apa ibu nak masak ,nak tolong. Begitu juga sikecil kami. Bukannya banyak pun ku masak. Tahun ni rasanya paling sedikit kuantiti masakan yang ku sediakan serba sedikit. Bazar ramadhan pun belum pernah pergi lagi.Jiran-jiran kat sini juga selalu bersedekah. Yang bestnya bila melihat anak-anak dan suamiku begitu berselera menjamah juadah yang telah ku sediakan setiap hari. Rasa gembira tu tak dapat diungkapkan. Bersama-sama menuju solat terawih yang sudah beberapa tahun daku tak dapat laksanakan di masjid.Anak kecil.... solat kat rumah je la.Tahun ni, syukur padamu kau telah berikan peluang ini sekali lagi kepadaku lebih-lebih lagi bersama suami dan anak-anakku. Di samping itu rutin harian kami juga tetap berjalan dengan lancar seperti biasa. Ramadhan benar-benar mengajarku betapa pengurusan masa itu amat penting dalam memastikan semua urusan ku dapat diselesaikan dengan sebaik yang mungkin.Mengemas,menanam,mendidik,beribadat kepada mu Ya Allah. Ramadhan telah membuktikan kepadaku bahawa yang daku mampu untuk melakukan tugas itu walaupun dalam keadaan berpuasa.Alhamdulillah atas anugerahmu. Kalau boleh janganlah kau berlalu pergi Ramadhan..............

Monday, July 20, 2009

Nak cantik.....

Salam. Lumrahnya manusia pada zaman ini sibuk nak nampak cantik. Yang perempuan asyik nak langsing, muka licin, putih gebu , yang silelaki pula sibuk nak membentuk tubuh yang tegap agar nampak lebih hensem. Kat tv pun macam 2 produk yang dah dikeluarkan demi memenuhi permintaan ini. Tapi kita sebagai manusia terutamanya yang beragama islam ni dah disediakan oleh Allah lengkap dengan petua2 tersebut cuma kita sahaja tak pernah fikir dan hayati rupanya. So lepas ni mari kita sebagai seorang muslim sentiasa menghayatinya....

Memperindahkan Diri Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu… …

1 -Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 -Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 -Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 -Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 -Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 -I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 -Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titianSIRATUL-MUSTAQIM.

8 -Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 -Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 -Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yangdikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.

11 -Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 -Salam :Memelihara kita di dalam kubur.

13 -Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada dikalangan kamu yang perasan!!!". Ihsan drpd satu laman web.

Friday, July 10, 2009

Seketika di hospital...

Kesan alergik

Naufal sihero..

Salam.... semoga semua ceria dan sihat. Kami kat sini Alhamdulillah baru ok. Seminggu yang lepas kami semua kurang sihat. Mungkin juga disebabkan oleh pengaruh cuaca yang tak menentu. Kat sini nampaknya dah mula hujan. Boleh dikatakan hampir 80%hujan turun dalam seminggu. Hujan turun lebat juga. Pernah sekali ribut kuat juga. Alhamdulillah tempat kami tak ada apa. Cuma ada kampung berdekatan yang teruk juga. Anak-anak demam. On off je. Naufal pula kena alergik. Tak tahu apa sebabnya. Tiba-tiba je jadi. Yang pasti bukan makanan. Coz makanan dia macam biasa. Sian juga dia. Tapi bangga juga tengok dia. Hero ni berani. Dia kami bawa ke wad kecemasan. So dia kena suntik. Tapi sebelum berjaya dimasukkan ubat, dia terpaksa disuntik beberapa kali di kedua-dua tangannya kerana dr sukar untuk mencari urat ditangannya. Relak je dia. baring je atas katil tu. Ibu yang menunggunya pula tak sampai hati tgk. Sian. So dr n nurse suka la ngan dia. Malah sempat lagi belek bulu mata dia. Masing-masing geram. Panjang sangat. Baka abah kot. Lepas tu kena monitor so kena la tahan lebih kurang dua jam kat wad. Mula2 k tapi lepas tu, penat ibu dibuatnya. Dia begitu seronok melompat atas katil hospital tu. Mula nak melawat seluruh wad.Nurse yang ada kat situ ketawa lihat dia. Bila diberi makan, makan sungguh2 macam sedap sangat nasi hospital. Hai anak-anak.Alhamdulillah kini dia dah sihat cuma badan susut balik. Ibu nak kena masak bahan untuk naikkan beratnya la.... tak lama lagi appointment klinik....

Thursday, June 11, 2009