Sunday, April 26, 2009

Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mahu dipeduli
Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau didewa dewa
siang dan malamnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan tawa
biarpun sayup di hutan belantara
Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama
nukilan ismala 20/12/1988
terkejut juga bila disapa ketika di kaunter pembayaran di sebuah pasaraya, ingatkan budak lelaki mana lah...rupa-rupanya bila dia jelaskan dirinya, dialah anak didikku 4 tahun yang lepas. Dah pun form 1. Baruku tersedar dah lama ku bergelar seorang pendidik. Rasanya macam baru semalam kumengenali kanak2 yang digelar anak murid. Hai sekejap je masa berlalu. Tahun ni dah 5 tahun gelaran cikgu kusandang. Mudah2an ia diberkati.... Selamat hari guru 2009 buat semua warga pendidik tak kira dimana jua anda berada.

Wednesday, April 15, 2009

Keja Oh keja....

Keja, susah tak keja ,susah....
Bila keja....
masa bertugas kena fikir,
tugasan yang belum selesai,
apa lagi sasarannya sianak-anak kecil
yang lebih2 tu kalau boss nak datang....
bukan bos kecik tapi big bos.
Aduh! pening kepala
Mulalah semua jadi cam sang bangau
asyik tunduk usaha cari ikan,
bilik guru tak lagi riuh,
waktu rehat pun tak seceria dulu
maklumlah data itu data ini lum siap lagi
didokumentasikan
itu lum lagi bahan-bahan yang menimbun atas meja
semuanya kena kemas
tapi pikir2 kemas2 nanti ada balik
tempat sendiri satu hal
yang paling sakit kelas
ini pula rumah yang ketiga
tak terkata
anak 40 orang yang kecik2 ni hari2 ada je halnya
tak sah kalu daku duduk diam je
kalu melangkah masuk ke rumah ni
mulut pun mulalah kejanya
hai anak-anakku sayang kita akan ada tetamu
tolonglah jadi anak-anakku yang berdisplin tinggi
Bila daku renung......
inilah lumrah hidup
kita tetap hambanya
segala-galanya takkan sempurna
Hanya DIA sahaja yang sempurna sesempurnanya.
Hai.... minggu ni kami kat sekolah sibuk kit coz pegawai nak turun memantau. So semua nak kena kemaskini. Fail-fail panitia pun banyak tak kemaskini lagi, begitu juga rekod2 pendidikan islam dan jqaf ,fail hem dan mcm2 lg. tapi yang bestnya gpi dia ada kawan baik, kawan baik dia j-qaf he...he...he.. jangan marah abang.
21 April 2009

Salam buat semua... Apa kahabar? dah lama kita tak bersua. Kami kat cni bz kit. Biasa la cikgu di awal tahun ni byk program. Waktu keja kami pun dah berubah. Dua2 ngajar pagi. Anak pun dah sekolah dan perlukan perhatian yang lebih. Sekarang ni masa untuk anak2 dah banyak. Ya la ngaji dan belajar. Ngaji ngan abah, subjek lain ngan ibu selepas solat maghrib. Alhamdulillah anak2 kami nampaknya bersemangat untuk belajar. Kadang2 tu kami tergelak sendiri melihat telatah mereka mengejek cikgu ngajar. Cara ibu ngajar pun ada juga dilakonkan. Almaklumlah selalu ikut ibu ngajar kafa. Hai anak2ku. Sikecil hero kami Muhammad Naufal Hakeem makin lincah dan nampak lebih advance. Apa yang kita buat pasti akan diikut. Abah pula cam biasala selain tugas kat sekolah, lepas maghrib kena ngajar ngaji kat umah lagi walaupun pindah umah baru kawasan baru.Ustaz katakan.Tapi kali ni semua pelajar lelaki. Ujung minggu pula sibuk dengan aktiviti dirumah. Umah sendiri banyak kit keja. Insya Allah lps ni blog kami akan aktif kembali. K jumpa lagi.

15 April 2009